Sabtu, 27 November 2010

PROSES PERMOHONAN PEMBUKAAN TABIKA PERPADUAN

1. PERMOHONAN DARIPADA KAWASAN RUKUN TETANGGA
a) Kawasan Rukun Tetangga menghantar borang permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

2. TINDAKAN OLEH PEGAWAI PERPADUAN DAERAH/BAHAGIAN
a) Menerima dan mendaftar borang permohonan daripada Kawasan Rukun Tetangga dalam daftar permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan.
b) Menghantar surat akuan terima kepada pemohon dalam masa 14 hari.
c) Mengadakan lawatan ke premis untuk melihat kesesuaian sebagai kelas Tabika Perpaduan.
d) Membuat penilaian terhadap permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
e) Membuat perakuan dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pengarah Perpaduan Negeri.

3. TINDAKAN OLEH PENGARAH PERPADUAN NEGERI
a) Menerima dan mendaftar permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pegawai Perpaduan Daerah/ Bahagian (kecuali Perlis dan WP Labuan) dalam masa 14 hari.
c) Membuat perakuan dan mengemukakan permohonan ke Ibu Pejabat mengikut keutamaan.

4. TINDAKAN PEGAWAI IBU PEJABAT
a) Menerima, mendaftar dan memfailkan borang permohonan.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pengarah Perpaduan Negeri dalam masa 14 hari.
c) Menyediakan format untuk tujuan pemilihan.
d) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut dan memaklumkannya kepada PPN dan PPD/PPB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan