Sabtu, 27 November 2010

PROSES PERMOHONAN PEMBUKAAN TABIKA PERPADUAN

1. PERMOHONAN DARIPADA KAWASAN RUKUN TETANGGA
a) Kawasan Rukun Tetangga menghantar borang permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

2. TINDAKAN OLEH PEGAWAI PERPADUAN DAERAH/BAHAGIAN
a) Menerima dan mendaftar borang permohonan daripada Kawasan Rukun Tetangga dalam daftar permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan.
b) Menghantar surat akuan terima kepada pemohon dalam masa 14 hari.
c) Mengadakan lawatan ke premis untuk melihat kesesuaian sebagai kelas Tabika Perpaduan.
d) Membuat penilaian terhadap permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
e) Membuat perakuan dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pengarah Perpaduan Negeri.

3. TINDAKAN OLEH PENGARAH PERPADUAN NEGERI
a) Menerima dan mendaftar permohonan pembukaan Kelas Tabika Perpaduan.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pegawai Perpaduan Daerah/ Bahagian (kecuali Perlis dan WP Labuan) dalam masa 14 hari.
c) Membuat perakuan dan mengemukakan permohonan ke Ibu Pejabat mengikut keutamaan.

4. TINDAKAN PEGAWAI IBU PEJABAT
a) Menerima, mendaftar dan memfailkan borang permohonan.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pengarah Perpaduan Negeri dalam masa 14 hari.
c) Menyediakan format untuk tujuan pemilihan.
d) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan sama ada menerima atau menolak permohonan tersebut dan memaklumkannya kepada PPN dan PPD/PPB.

OBJEKTIF PENUBUHAN TABIKA PERPADUAN

Program Tabika Perpaduan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Sehingga kini terdapat 1,446 buah kelas Tabika di seluruh negara dengan kanak-kanak berjumlah 37,804 orang. Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan pengunaan pelbagai pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 3 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.

TABIKA PERPADUAN

Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.

PROSES PERMOHONAN PENETAPAN KAWASAN RUKUN TETANGGA

1. PERMOHONAN DARIPADA PENDUDUK
a) Membuat surat permohonan penetapan Kawasan Rukun Tetangga kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
b) Mengisi Borang JPNIN (RT) 1/98 dan ditandatangani oleh wakil penduduk beserta dengan maklumat asas kawasan, cadangan senarai nama jawatankuasa penaja, minit perjumpaan dengan penduduk dan peta kawasan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.

2. TINDAKAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH/BAHAGIAN
a) Menerima surat permohonan penetapan kawasan rukun tetangga dan membuka fail.
b) Menghantar surat akuan terima permohonan penetapan kawasan rukun tetangga kepada wakil penduduk.
c) Mengaturkan Majlis Perjumpaan dengan penduduk dan mengadakan sesi taklimat mengenai penubuhan Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga.
d) Memohon sokongan Pegawai Daerah untuk penetapan kawasan rukun tetangga (kecuali negeri-negeri tertentu).
e) Menyediakan pelan lakar kawasan dan diskripsi sempadan kawasan rukun tetangga yang dicadangkan.
f) Mengemukakan Borang Permohonan JPNIN(RT)1/98, Maklumat Asas Kawasan, Senarai Cadangan Nama Jawatankuasa Penaja Rukun Tetangga, Peta Kawasan, Pelan Lakar Kawasan, Diskripsi Sempadan dan surat sokongan Pegawai Daerah (kecuali negeri-negeri tertentu) kepada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

3. TINDAKAN PENGARAH PERPADUAN NEGERI
a) Menyemak Borang Permohonan, maklumat serta dokumen yang dikemukakan oleh Pegawai Perpaduan Daerah/ Bahagian.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian. Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPD/PPB untuk dilengkapkan.
c) Mengemukakan permohonan yang lengkap ke Ibu Pejabat.

4. TINDAKAN PEGAWAI DI IBU PEJABAT
a) Merekod penerimaan dan menyemak permohonan penetapan kawasan rukun tetangga.
b) Menghantar surat akuan terima kepada Pengarah Perpaduan Negeri. Kembalikan Jika tidak lengkap kembalikan kepada PPN untuk dilengkapkan.
c) Membuat perakuan untuk kelulusan Ketua Pengarah Rukun Tetangga.
d) Menetapkan tarikh penguatkuasaan Notis Penetapan.
e) Mengemukakan Notis Penetapan kepada Pengarah Perpaduan Negeri/Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian.

PENGERTIAN LOGO RUKUN TETANGGA



Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.

Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
          Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
          Merah - Keberanian dan keluhuran
          Kuning - Kejayaan dan keharmonian
          Putih - Kesucian dan bertangungjawab

5 Bulatan Kecil Warna MerahLima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.

2 Bentuk Titisan Air TerbalikDi bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Berwarna MerahDua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi Tiga Berwarna KuningSegi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.

Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.

Keseluruhan Garisan Berwarna BiruKeseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

APA ITU RUKUN TETANGGA ?

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.